Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya



Assalamualaikum...

Hurm.. memang agak lama juga aku tak meng'update'kan blog aku ni, agak sunyi ( bukan agak sunyi, dah memang sunyi ) blog aku ni. hahahha.

Berkenaan dengan tajuk aku tu, aku nak cerita sedikit pasal zaman kanak-kanak aku dulu, walaupun sekarang ni dah raya kelapan. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan :-

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"




Kalau bab raya memang aku ngan kawan-kawan aku seronok, mana taknya boleh jalan raya. Kalau dah namanya raya memang rumah terbuka atau "open hause" kato orang putih.

Jalan Raya :-
Ni memang tujuan yang utama, walaupun tak kenal dengan orang yang empunya rumah, tapi selepas sesi soal jawab kaji selidik :-

"Kamu ni anak siapa?"

"Anak si anu bin si anu tok."

"Kamu pulak anak siapa?"

"Anak ani bin si ani tok."

Lepas tu Atok tu jawab.
"OOooO0oo0O kamu semua ni bukan orang lain, cucu Atok jugak."

"Ye ke?, Kiranya ada bau-bau kentut la ni?",

Situasi begini memang selalu berlaku apabila raya, baru tahu yang kita ni bersaudara, jejak kasih. hehehhee

Duit raya :-
Zaman aku kecik-kecik, 20 sen adalah yang paling besar "cash money" yang penah aku dapat, hasil berjalan rumah ke rumah, tapi kita orang bersyukur.

Esoknya datang balik ke rumah tersebut, dapat lagi 20 sen, lusa datang lagi. Buat muka tak bersalah la. hahahhaha

Kan atok kita orang tu. Apa la salahnya dia kasi duit kat cucu-cucu dia kan. hehehehhe

Mintak maaf :-
Memang menjadi kebiasaan, dah jadi adat pun. Orang kita, memang suka kumpul dosa banyak-banyak, raya baru la nak mintak maaf, habis raya buat balik.

Macam aku ngan kawan aku, dah banyak buat salah kat orang, pergi rumah beliau, mintak maaf sambil tahan malu. :D



*

Kali ni aku nak berpantun pulak la :-

Budak-budak bermain mercun,
Bermain mercun bersusun-susun,
Duapuluh jari siapku susun,
Salah dan silap ku mohon ampun.

Related Posts with Thumbnails