Monday, October 24, 2011

Aku dan Sepet

Assalamualaikum..

Di mulai dengan ucapan Alhamdulillah syukur ke hadrat-Nya aku boleh lagi berblog, walaupun sudah agak lama aku tidak meng"update"kan blog ini.

Nak di jadikan cerita, Si Panglipur Lara hendak memulakan bicaranya, cewah... Hehehe

Aku penah post pasal kucing aku kan, hari tu, kucing aku (Bedot namanya) telah selamat melahirkan anaknya....
Semuanya ada 4 ekor. 3 ekor wira dan sekor wirawati, jadi yang 3 ekor aku dah bagi kat kawan kepada kawan-kawan aku. Tinggal yang sekor ni, namanya, sepet.

Waktu asrama kita orang nak di baik pulih akibat penyakit tua, jadi aku telah tinggalkan sepet keseekoran.

Aku nak bawa balik ke tempat sementara, tapi aku ada urusan menyebabkan aku terpaksa meninggalkannya keseekoran di rumah itu.

3 bulan aku tinggalkan sepet, menyebabkan ia sangat liar, dan sewaktu aku memeluknya ketika jejak kasih pertemuan semula, aku telah dicakar bahagian bawah bibir. Oh.. Sungguh sedeh mengenang nasib...

Itulah balasan terhadap aku. Dan aku merasa sedeh sangat " why sepet, why? "

Nasihat aku terhadap semua, sayangilah haiwan, jangan mengabaikan mereka. Sesungguhnya mereka juga mempunyai perasaan.

Sunday, September 25, 2011

Aku dan Katon









Assalamualaikum....


Hari ni aku terasa pulak nak 'up date' blog. Memang lama gila la blog ni senyap. Selepas arwah komputer aku pergi, blog ni pun terus menyepi. hehehe. Bila dah tak ada komputer, banyak pulak benda nak di post kat blog seperti coklat mencurah-curah ke dalam gandum. :) .



Ermmm... selamat tahun baru, walaupun agak terlambat sedikit. Azam aku tahun ni, jadi manusia bukan superman mahupun dragon ball. :D



Aku kecik-kecik dulu memang minat sangat tengok cerita katon dan terbawak-bawak sampai ke tua. Hari sabtu ahad pukul 730 pagi sampai pukul 1100 pagi aku akan terpacak di hadapan tv.



' hah sudah, hantu katon dah terpacak depan tv' itu lah ayat mak aku. Aku hanya mampu mengukir senyuman, kan senyuman satu amalan mulia. heehhe
Time nih memang khusyuk gila, makan minum wajib depan tv. Seingat aku, antara katon yang aku layan... seperti gambar di bawah.


ninja boy


dragon ball

oggy and the cockroaches


Dragon Ball adalah katon yang memang di minati, betul tak?? Kalau tak silap aku, start aku darjah 4 sampai pertengahan tingkatan 5.

Memang dasyat la "efek" katon ni, sampai aku dan kawan aku kena hukum lagu dragon ball dekat padang. "chala head chala" lirik tu kita orang ulang-ulang sampai warden suruh berhenti..hahaha
Kenangan....

Sekarang tengok lagi katon, naruto, bleach, one piece bnyak lagi la. Bila aku call mak aku, soalan yang dia akan tanya, "masih tengok katon lagi?". Aku gelak je la..hahaha

Sekarang agak jarang aku tengok katon, tapi masih ikut perkembangan..
ni site yang aku selalu tengok manga " www.mangastream.com".

Setakat ni je la, nanti aku update lagi. Assalamualaikum..


Bukan aku tak nak

Salam...

erm~~ mengeluh panjang... Bila dah depan komputer hilang pulak idea menaip, macam buat karangan spm ada gak. Time syok-syok je nak buat terus hilang. Memang kes tak ulang kaji lah ye...wahahaha

Takkan la nak buat cerita sang kancil dan buaya kan, kang tak pasal-pasal muak pulak orang yang baca. Yang dasyat keluar nanah dekat telinga kan..hahaha

Sang kancil...sang kancil...terus aku bukak youtube, haaa tgok la...


Nostalgia habis kan???
Dulu aku kecik-kecik, selalu je tgok cerita pendek ni kat tv. Sekarang macam dah tak wujud lagi watak-watak ni kan?? 
Sayang betul. Kan banyak pengajaran. hehehe
Dekat sekolah part-part dengar cikgu becerita la paling best. Hingus keluar pun memang tak perasan...hahaha

Apa-apa pun jom layan...


Related Posts with Thumbnails