Thursday, July 29, 2010

"MFB"


ASSALAMUALAIKUM...aku nak kongsi ngan korang suma pasal benda nih...
kalau nak cuba boleh je klik dekat sini..
Sama-sama kita jayakan usaha baik orang yg buat benda nih...

Kalau boleh sebar-sebarkan la erk...

Aku dapat benda ni pon dari selak menyelak di internet. Aku x taw sangat detail dia. Bahasa Inggeris aku pon x lah tere sangat setakat broken boleh la.

Yang aku faham,
Oleh kerana kebiadaban facebook ( Mark Zuckerberg ), membuat hari “Everybody Draw Mohammed Day”, maka pihak Pakistan mewujudkan MillatFacebook atau MFB.

Di Pakistan facebook sudah di haramkan. Omer Zaheer Meer adalah pencipta MillatFacebook @ MFB. jadi mari kita memeriahkan MillatFacebook @ MFB ni.

Aku dah buat, korang pulak, bagaimana???



*
Utk mengetahui lebih lanjut atau ingin membaca sendiri artikelnya, tekan ni.

---> ke, korang dah taw,aku je yang lambat tahu benda nih...hehehehhhe

Tuesday, July 27, 2010

Peribahasa yang di "reject"

Salam..aku buat entry nih saja2 je.... asyik bercerita kisah silam bosan gak kan?? harap korang bacala erk???

1) Ada batu di sebalik udang:-
Maksud : jgn di tangkap udang tu, ada bahaya mendatang, nanti dia baling batu.

Di reject sebab sbb sudah ada dalam kamus pribahasa "ada udang di sebalik batu". :D



2) Kerana susu sebelanga rosak nila setitik:-
Maksud : apa kejadahnya nak letak sebelanga susu dalam nila setitik??? kan membazir.

Di reject sebab tak masok akal susu sebelanga nak di letakkan dalam bekas setitik nila. Kan membazir, membazirkan geng syaitan. Kalau nak tau lebih lanjut ttg nila layari web ni.



Gambar ini mungkin ada persamaan, gambar yang real tidak dapat di paparkan kerana boleh menyebabkan mual-mual, dan muntah ringan.

3) Orang lain buang air besar orang lain yang simbah tandas:-
Maksud : orang lain yang buat hal, orang lain yang kena..

Di reject sbb terlalu menjijikkan...



4) Bagai berpanas berhujan berembun sepanjang hari:-
Maksud : kononya setia ngan awek sampai tidak menghiraukan diri berpanas, berhujan dan berembun.

Di reject sebab terlalu jiwang...


5) Minum kopi pahit sambil senyum:-
Maksud : nak ke minum kopi pahit???

Di reject sbb tak sesuai...hehehehehhe







Tambahan:-
Di harap amik iktibar dari peribahasa yang aku buat nih..

pecah kaca pecah gelas,
habis baca, bagi la komen, jgn malas... :P

Monday, July 26, 2010

Lemas, Di lemaskan, Melemaskan



Assalamualaikum... post aku kali ni berkaitan dengan sungai pulak.. hehhehe
Aku yakin semua penah mengalami setuasi lemas, di lemaskan mahupun melemaskan di dalam sungai, dekat laut mahupun di dalam kolam renang. Bagi aku, aku mengalami semua situasi yang aku tulis di atas. hehehehehe

Di sebabkan aku ni ingin sangat nak pandai berenang, aku buat apa yang kawan aku suruh, mcm-mcm petua yang aku dengar, aku apa ag ikut je la.

Berenang punya pasal sanggup buat apa saja di sebabkan cemburu kawan-kawan suma pandai berenang. Antara petua yang kawan aku bg ialah makan ekor ikan, insang ikan dan ikan temakol, aku ape ag ikan yang aku ngan kawan-kawan aku pancing, ekor ikan ngan insang ikan suma aku bedal.

Ekor ikan ni diaorang cakap supaya aku leh berenang, manakala insang ikan ni pulak utk membolehkan bernafas di dalam air lebih lama. Ikan temakol je aku tak mkn, sbb susah nak tangkap, khasiat ikan temakol pulak boleh berenang dgn pantas, mengarot je dia orang kan...hahahahhaha..

1) Lemas..


Aku banyak kali gak la lemas, ni time sekolah rendah. Aku dulu degil, waktu aku kecik, abg aku slalu bawak g mandi kat sungai. Mulanya abg aku bg mandi kawasan yang cetek sedikit supaya kaki aku leh berpijak tanah.

Aku rasa tak macho la, aku g gak kat kawasan dalam, skali tenggelam terus, nasib la abg aku perasan. Penat nak jaga budak degil kan... hahahahha.



2) Di lemaskan..


Ni ag satu, di lemaskan oleh orang, sebab degil gak lah ni. Ari tu aku mandi mcm biasa ngan kawan-kawan, lpas tu abg aku panggil sbb mak aku suh balik padahal dia acah je. Aku dengan perasaan takut terus balik bersama abg aku. Dalam perjalanan balik tu, ada satu jambatan menyeberang sungai dalam 8 meter lebar.

Dengan senyuman yg terukir di wajah abg aku, dia terus tolak aku ke dalam sungai. Aku apa ag terus panik tak leh nak wat apa dan berserah dengan Qada dan Qadar, agak lama aku berada dalam air tu, nampak rambut je ag, nasib la kawan aku ada yang mandi di kawasan sungai tu, dia terus tarik rambut aku, rasa kena tarik rambut dah tak dapat rasa dah. Banyak gak la air yang aku telan, abg aku terus ketawa terbahak-bahak, apa punya abg sikit dia tak bagi pertolongan.


"lepas ni, lau mak cakap kenapa basah, g tau abg yang tolak dalam sungai". Cet! apa punya idea la, aku senyum je. Balik umah mmng mak aku x marah. Pandai abg aku ni, cara utk selamatkan aku dari kena pukul mak... hahahhahaha...
sekadar gambar hiasan :D

3) Melemaskan..


Aku pandai berenang form 2, tp aku tak leh nak mengapungkan diri dalam air, yang tu la masaalahnya. Aku ingat g, cuti sem 1, aku ngan kawan aku dah tak ade program len, aku ajak la dia orang g mandi kat sungai, sbb lama dah x mandi sama2 sbb masing2 sibuk dengan persekolahan.

Kita orang suma ada 4 org aku,farul,pian ngan gohek ( go hack )... kita org mula la mandi, mula2 kita org mandi la kat kawasan cetek paras dagu. Kemudian farol g la ke kawasan pokok nak amik buah, kawasan tu dalam, gohek ngan pian terus ikut sama, aku pon x nak mengalah terus ikut sama, kemudian pian berhenti skjp.

Aku pon ikut sama la, aku ingat kawasan tpt pian berdiri tu cetek, sekali tenggelam terus, aku tanpa berlengah terus memegang bahu pian utk menyelamatkan diri, aku punya pasal, pian jadi mangsa kena selam, sbb aku nak bernafas, pian turut lemas, dia timbul aku pulak yg tenggelam, aku timbul dia pulak tenggelam.

Pian pulak yang mintak tolong. Gohek ngan farol siap ketawa g, aku waktu ni tak panik. Farol pulak yang datang dekat kta org, ingat dia leh selamatkan kta org tp farol pulak jadi mangsa aku, timbul tenggelam timbul tenggelam la...adeh2.. lepas tu gohek plk. Sekali pian dengan farol berganding bahu selamatkan kta org...fuh!!... selamat....dah naik jambatan kta org gelak... adeh2


p/s:- Kalau nak pandai berenang, makan la ekor ikan, insang ikan ngan ikan temakol.. :D

Sunday, July 25, 2010

Pengalaman Seram



''Sesungguhnya ia ( syaitan ) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka'' Surah Al-A'raf. Ayat 27

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai.” (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).


Assalamualaikum semua..Kali ni aku nak berkomgsi pengalaman seram pulak... hehehehe. Aku pasti korang sume pernah mengalami juga di dengarkan dengan kisah seram kan?? :D
Pengalaman aku ni boleh kot di kategorikan seram. Ape-ape pon korang bacelah dengan penuh khusyuk k...

Cerita ni berlaku bulan Ramadhan, pagi waktu subuh. Aku ni nak kata penakut tak gak berani pon tak jugak la.Nak di jadikan cerita, pagi tu kalau tak silap dalam pukul 4 pagi mak aku sudah kejutkan utk bersahur,

''Ad!! bangun sahur''Aku dgn selambanya tidur balik dengan gaya org tgh bersujud. Mak aku benggang terus simbah semangkuk air. Nah hambik engko degil sangat.Aku dengan muka monyok terus ke dapur bersahur. Pagi tu aku ngan mak aku je yang bersahur, yang lain dah bersahur awal.

Habis je bersahur aku berehat la sekejap sebelom masuk waktu subuh.Masok je waktu subuh aku terus gerak ke masjid utk menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim. hehehhe..
Jalan menuju ke masjid tu tak lah jauh sangat dalam 100 meter je dari rumah aku, cuma berliku-liku sikit. Dalam perjalanan ke masjid tu, mesti melalui ke sekolah rendah kpg aku tu. Sekolah rendah tu 40 meter dari rumah aku. Dekat kawasan sekolah rendah tu la yang banyak kisah seram yang aku dengar, ada yang cakap terjumpa pontianak la, hantu penanggal, mcm-mcm la cerita yang aku dgr.
''Alah bulan Ramadhan takkan ada gak hantu nih, kan semua dah di ikat''. Kata aku untuk menenangkan diri. Padahal masih gak takut tu.
Aku dgn selambanya terus berjalan sambil berkawad kaki.. 5 meter lagi nak sampai kat sekolah tu aku masih g buat tak tau, stay cool ok. "Sume dah di ikat jagan risau".
Sampai je kawasan tandas sekolah tu ( kawasan ni la selalu aku dgr cerita mcm-mcm. Banyak hantu suka kawasan tandas tu ). argh... masih lagi dalam mood selamba, selepas tu aku terdengar bunyi. "shhhh...shhhh..woshhh""aiseh apasal plk nih". Jantung aku dah berdegup kencang kaki aku makin cepat berjalan, sampai aku pon x ingat mana satu kiri mana satu kanan. Dalam perjalanan aku yang super cemas tu, aku sempat ag menoleh ke kawasan tandas sekolah tu. Berani gak aku ni.
Makin lama makin kuat bunyi. "shhhh....shhhh...woshhh"...


.....



....


...


..

.

Sekali pak jaga tgh cuci tandas la. Aiseh... aku yang mulanya laju berjalan ke hadapan terus putar balik nak confirmkan yg itu adalah pak jaga.

Habis aku solat subuh aku terus balik. Siang harinya aku pon pegi la jumpe pak jaga tu.
"Pagi tadi pakcik basuh tandas erk???".
"Mana ada pakcik basuh tandas".
"Huh!!"

Saturday, July 24, 2010

Haiwan Peliharaanku

Assalamualaikum semua.... ni post aku yang kedua. Minta maaf lambat sikit. Sepatutnya post nih semalam, last-last hari ni gak aku buat. hehehehhe..

Baiklah, berbalik dengan tajuk kita hari ni. Haiwan Peliharaanku. Aku ni suka kucing sejak lahir lagi... :D . Jadi aku sekarang ni memelihara kucing. Nama kucing aku CIMI @ BEDOT. Nama Cimi tu aku yang bagi, yang Bedot tu, kawan aku yang bagi, melekat sampai sekarang...adeh-adeh..

Bedot pun Bedot la... hehehehe... Dulu aku ingat Cimi ni jantan sekali dah besar betina da. hahahaha.
Okeyla aku tak nak taip panjang-panjang, korang tengok la gambar Cimi and Friends.



Nama : Cimi @ Bedot
Jantina : Betina
Umur : 5 bulan
Makanan kegemaran : Friskies
Habits : Kalau makan kene temankan

Nama : Aprel
Jantina : Jantan
Umur : 7 bulan
Makanan kegemaran : Nasi campur sardin
Habits : Suka gigit kaki orang :D

Nama : Amieko
Jantina : Betina
Umur : 2 bulan
Makanan kegemaran : friskies
Habits : Suka bergurau dengan rakan seperjuangan

Nama : Elissa
Jantina : Betina
Umur : 5 bulan
Makanan kegemaran : Nasi campur sardin dan friskies
Habits : Bergurau dan main luar rumah bersama-sama Cimi

Dari kiri Amieko dan Cimi

Sesi bergambar bersama-sama.... hehehehe

Dari kiri Elissa,Amieko,Cimi dan Aprel.
Susah betul nak amik gambar die orang ni... terpaksalah gune cara kasar sikit bile amik gambar
die orang nih...hehehehe

Thursday, July 22, 2010

Pengenalan...

salam...

''Apakah kamu kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?
padahal kenikmatan hidup di dunia ini ( dibandingkan dengan kehidupan ) di akhirat
hanyalah sedikit'' Surah At-Taubah , ayat : 38

Salam perkenalan salam mesra suma.
Sakit kepale aku nih nak buat blog! dah la tak ade idea sgt...
tp aku kuatkan semangat..
dan
akhirnya aku buat jugak utk sakitkan kepale...hahhahaha
sudi-sudi la selak-selak blog aku nanti...
o.k setakat ni je lah...nnti aku buat lagi erk.. :D



Related Posts with Thumbnails