Monday, July 26, 2010

Lemas, Di lemaskan, Melemaskan



Assalamualaikum... post aku kali ni berkaitan dengan sungai pulak.. hehhehe
Aku yakin semua penah mengalami setuasi lemas, di lemaskan mahupun melemaskan di dalam sungai, dekat laut mahupun di dalam kolam renang. Bagi aku, aku mengalami semua situasi yang aku tulis di atas. hehehehehe

Di sebabkan aku ni ingin sangat nak pandai berenang, aku buat apa yang kawan aku suruh, mcm-mcm petua yang aku dengar, aku apa ag ikut je la.

Berenang punya pasal sanggup buat apa saja di sebabkan cemburu kawan-kawan suma pandai berenang. Antara petua yang kawan aku bg ialah makan ekor ikan, insang ikan dan ikan temakol, aku ape ag ikan yang aku ngan kawan-kawan aku pancing, ekor ikan ngan insang ikan suma aku bedal.

Ekor ikan ni diaorang cakap supaya aku leh berenang, manakala insang ikan ni pulak utk membolehkan bernafas di dalam air lebih lama. Ikan temakol je aku tak mkn, sbb susah nak tangkap, khasiat ikan temakol pulak boleh berenang dgn pantas, mengarot je dia orang kan...hahahahhaha..

1) Lemas..


Aku banyak kali gak la lemas, ni time sekolah rendah. Aku dulu degil, waktu aku kecik, abg aku slalu bawak g mandi kat sungai. Mulanya abg aku bg mandi kawasan yang cetek sedikit supaya kaki aku leh berpijak tanah.

Aku rasa tak macho la, aku g gak kat kawasan dalam, skali tenggelam terus, nasib la abg aku perasan. Penat nak jaga budak degil kan... hahahahha.



2) Di lemaskan..


Ni ag satu, di lemaskan oleh orang, sebab degil gak lah ni. Ari tu aku mandi mcm biasa ngan kawan-kawan, lpas tu abg aku panggil sbb mak aku suh balik padahal dia acah je. Aku dengan perasaan takut terus balik bersama abg aku. Dalam perjalanan balik tu, ada satu jambatan menyeberang sungai dalam 8 meter lebar.

Dengan senyuman yg terukir di wajah abg aku, dia terus tolak aku ke dalam sungai. Aku apa ag terus panik tak leh nak wat apa dan berserah dengan Qada dan Qadar, agak lama aku berada dalam air tu, nampak rambut je ag, nasib la kawan aku ada yang mandi di kawasan sungai tu, dia terus tarik rambut aku, rasa kena tarik rambut dah tak dapat rasa dah. Banyak gak la air yang aku telan, abg aku terus ketawa terbahak-bahak, apa punya abg sikit dia tak bagi pertolongan.


"lepas ni, lau mak cakap kenapa basah, g tau abg yang tolak dalam sungai". Cet! apa punya idea la, aku senyum je. Balik umah mmng mak aku x marah. Pandai abg aku ni, cara utk selamatkan aku dari kena pukul mak... hahahhahaha...
sekadar gambar hiasan :D

3) Melemaskan..


Aku pandai berenang form 2, tp aku tak leh nak mengapungkan diri dalam air, yang tu la masaalahnya. Aku ingat g, cuti sem 1, aku ngan kawan aku dah tak ade program len, aku ajak la dia orang g mandi kat sungai, sbb lama dah x mandi sama2 sbb masing2 sibuk dengan persekolahan.

Kita orang suma ada 4 org aku,farul,pian ngan gohek ( go hack )... kita org mula la mandi, mula2 kita org mandi la kat kawasan cetek paras dagu. Kemudian farol g la ke kawasan pokok nak amik buah, kawasan tu dalam, gohek ngan pian terus ikut sama, aku pon x nak mengalah terus ikut sama, kemudian pian berhenti skjp.

Aku pon ikut sama la, aku ingat kawasan tpt pian berdiri tu cetek, sekali tenggelam terus, aku tanpa berlengah terus memegang bahu pian utk menyelamatkan diri, aku punya pasal, pian jadi mangsa kena selam, sbb aku nak bernafas, pian turut lemas, dia timbul aku pulak yg tenggelam, aku timbul dia pulak tenggelam.

Pian pulak yang mintak tolong. Gohek ngan farol siap ketawa g, aku waktu ni tak panik. Farol pulak yang datang dekat kta org, ingat dia leh selamatkan kta org tp farol pulak jadi mangsa aku, timbul tenggelam timbul tenggelam la...adeh2.. lepas tu gohek plk. Sekali pian dengan farol berganding bahu selamatkan kta org...fuh!!... selamat....dah naik jambatan kta org gelak... adeh2


p/s:- Kalau nak pandai berenang, makan la ekor ikan, insang ikan ngan ikan temakol.. :D

2 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. makan insang ikan leh bernafas lama dalam air.. mana punya petua dapat ni? hahaha..

kalau nak pandai berenang kena la belajar berenang.. hehe =P

a_ad said...

hahahahaha...tu semua petua mengarut...hahahahha

Related Posts with Thumbnails