Sunday, July 25, 2010

Pengalaman Seram



''Sesungguhnya ia ( syaitan ) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka'' Surah Al-A'raf. Ayat 27

Makhluk ini mampu menjelma dalam bentuk tertentu seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Jin ada tiga golongan, bersayap dan mampu terbang di udara, berupa benda melata seperti ular dan sebagainya, berwajah cantik dan mengilai.” (Hadis riwayat Hakim dengan sanad sahih).


Assalamualaikum semua..Kali ni aku nak berkomgsi pengalaman seram pulak... hehehehe. Aku pasti korang sume pernah mengalami juga di dengarkan dengan kisah seram kan?? :D
Pengalaman aku ni boleh kot di kategorikan seram. Ape-ape pon korang bacelah dengan penuh khusyuk k...

Cerita ni berlaku bulan Ramadhan, pagi waktu subuh. Aku ni nak kata penakut tak gak berani pon tak jugak la.Nak di jadikan cerita, pagi tu kalau tak silap dalam pukul 4 pagi mak aku sudah kejutkan utk bersahur,

''Ad!! bangun sahur''Aku dgn selambanya tidur balik dengan gaya org tgh bersujud. Mak aku benggang terus simbah semangkuk air. Nah hambik engko degil sangat.Aku dengan muka monyok terus ke dapur bersahur. Pagi tu aku ngan mak aku je yang bersahur, yang lain dah bersahur awal.

Habis je bersahur aku berehat la sekejap sebelom masuk waktu subuh.Masok je waktu subuh aku terus gerak ke masjid utk menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim. hehehhe..
Jalan menuju ke masjid tu tak lah jauh sangat dalam 100 meter je dari rumah aku, cuma berliku-liku sikit. Dalam perjalanan ke masjid tu, mesti melalui ke sekolah rendah kpg aku tu. Sekolah rendah tu 40 meter dari rumah aku. Dekat kawasan sekolah rendah tu la yang banyak kisah seram yang aku dengar, ada yang cakap terjumpa pontianak la, hantu penanggal, mcm-mcm la cerita yang aku dgr.
''Alah bulan Ramadhan takkan ada gak hantu nih, kan semua dah di ikat''. Kata aku untuk menenangkan diri. Padahal masih gak takut tu.
Aku dgn selambanya terus berjalan sambil berkawad kaki.. 5 meter lagi nak sampai kat sekolah tu aku masih g buat tak tau, stay cool ok. "Sume dah di ikat jagan risau".
Sampai je kawasan tandas sekolah tu ( kawasan ni la selalu aku dgr cerita mcm-mcm. Banyak hantu suka kawasan tandas tu ). argh... masih lagi dalam mood selamba, selepas tu aku terdengar bunyi. "shhhh...shhhh..woshhh""aiseh apasal plk nih". Jantung aku dah berdegup kencang kaki aku makin cepat berjalan, sampai aku pon x ingat mana satu kiri mana satu kanan. Dalam perjalanan aku yang super cemas tu, aku sempat ag menoleh ke kawasan tandas sekolah tu. Berani gak aku ni.
Makin lama makin kuat bunyi. "shhhh....shhhh...woshhh"...


.....



....


...


..

.

Sekali pak jaga tgh cuci tandas la. Aiseh... aku yang mulanya laju berjalan ke hadapan terus putar balik nak confirmkan yg itu adalah pak jaga.

Habis aku solat subuh aku terus balik. Siang harinya aku pon pegi la jumpe pak jaga tu.
"Pagi tadi pakcik basuh tandas erk???".
"Mana ada pakcik basuh tandas".
"Huh!!"

3 comments:

Dc said...
This comment has been removed by the author.
Dc said...

persoalan nya..siapakah pakcik yg cuci tandas B4 subuh pg tdi?? (dlm rancangan jejak hantu:p) hehehe

a_ad said...

semuanya di selubungi misteri....hehehehehhe

Related Posts with Thumbnails