Saturday, August 21, 2010

Cerita Adamaya La Pulak


Assalamualaikum.... :D

Semalam, telah pon tamat, lengkap, sempurna sudah aku menonton cerita Akasia Adamaya. Halamak, macam-macam perasaan timbul di hati aku ini...hahhahaha
Aku bagi 8/10 la :D . Aku memang sengaja tengok lambat dari orang lain, sebab kalau tengok ikut siri ni payah, banyak pulak spoiler yang orang bagi apa terjadi minggu depan dan apakah Adam boleh bersama dengan Maya bla...bla...bla...

Lagi satu, kalau aku tengok cerita melayu banyak sangat episod, aku cepat bosan, nasib la cerita ni tak panjang sangat episodnya, kalau tak memang aku ikut cara kawan aku. Tengok depan cerita sikit, kat tengah sikit, lepas tu belakang sikit, dah tamat :D
Tapi cerita ni tak menghampakan aku la, ada persamaan watak Adam dengan aku...hahahhaha.. (^_^).\/..


Banyak respon-respon dari orang ramai tentang cerita ni, kalau nak tahu, kita dengar respon dari mereka :D

Ha... kat situ ada para makcik-makcik,

"Makcik, apakah perasaan makcik setelah menonton cerita Adamaya? Bagi komen sikit,"

"Sob..sob..sob.. makcik suka cerita Adamaya, ceritanya BEST dan ceritanya ada kena mengena dengan diri makcik dan pakciknya dulu-dulu. huhu.. sob..sob.."

"Ooo... pulak dah."

Okey, kita sudah mendengar luahan dari warga tua tentang siri Akasia Adamaya ni, kita dengar pulak respon dari golongan remaja,

"Halo bro apakah perasaan bro setelah menonton cerita Adamaya?",

"Gua tak puas hati la,"

"Kenapa pulak?,"

"Gua rasa gua yang sepatutnya memegang watak sebagai Adam tu, gua ni minat gila kat Lisa Surihani, tapi cerita ni memang BEST. sobb..sob..sob..huhu ,"

"Apasal ni brader? Nangis ke?,"

"Tak lah mata gua masuk habuk.. huhu."

"Oooooo..."



"Erm, sedari pulak?,"

"BEST, menyentuh perasaan, dan saya tak suka si Dani tu, menyampah, tak macam Adam, suka saya tengok Adam, kalaulah ada lelaki macam Adam kat dunia ni.. huhuhu",

"Sayakan ada, hehehhe,"


Budak-budak pulak, tapi selalunya budak-budak mesti bagi respon macam ni,

"Cerita Adamaya, BEST......gile...<---( bunyi dari belakang )"

Kesimpulannya, cerita ni BEST..hehehe




** Tontonlah cerita Adamaya nih, tentunya BEST.. (^_^).\/..

Sunday, August 15, 2010

bulan posa 2


Assalamualaikum w.b.t..... Alhamdulillah bersyukur kita kepada ALLAH kerana kita masih lagi mempunyai masa dan ruang untuk beribadat selaku hamba-NYA... :D


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" Surah Al-Baqarah, Ayat 183.


Semasa aku kecik, aku tak leh nak tido waktu siang, tu lah sampai makan angin...hahahhaha...
Badan pon lemah je, lebih-lebih lagi kalau tak bersahur, tapi kalau bab nak buat mariam buluh, main mercun, semangat datang dengan tiba-tiba..hehehhe


Penah sekali kawan aku, dia bagi taw kat aku yang dia penah mimpi di siang hari minum 12 cawan air limau, pergh....dalam mimpi pon leh jadi (^_^)... aku pon penah gak mimpi minum air, tapi yang aku telan tu air liur la...hahahhahaha


kalau meriam buluh sebesar nih mau bergegar satu kampung :D


Meriam buluh memang best, lebih-lebih lagi kalau bunyi dia kuat sampai ke kampung seberang, perghh....lagi la seronok sampai lompat-lompat. Satu hari tu, aku ngan kawan-kawan aku main meriam buluh ramai-ramai dekat port baik punya luar koridor rumah kawan aku ( Didi Putera ).


Adalah sorang kawan aku tu tengah meniup lubung sumbu untuk mengurangkan asap kat meriam buluhnya, tiupan pertama, kedua ok lagi sebaik dia tiup yang kali ketiga "zuppp" api menyambar muka dia, kawan tu apa lagi mengelabah la, terus dia pegi ke sungai basuh muka, dah selesai, bulu kening dengan rambut habis terbakar, kita orang apa lagi, gelak la...:D


Dekat kampung aku, malam ke 27 ramadhan, ada acara bertuntung ( acara rumah kediaman masyarakat Melayu Islam di Sarawak dihiasi dengan pemasangan pelita minyak di sekeliling rumah )


Bertuntung pon zaman aku kecik-kecik dulu, memang meriah. Sekarang rasanya dah tak ada lagi kot, sebab minyak kan dah naik harga. Yang best nya semua rumah dekat kampung aku tu, terang lagi bersuluh dengan pelita. (^_^)


Dah elok-elok orang pasang pelita, aku ngan kawan aku buat hal, menjahanamkan pelita orang, lebih-lebih lagi rumah sebelah masjid. Dia pasang 50,60 ( rasa-rasa la :D ) pelita keliling rumah. kita orang bantai dengan kayu, habis bersepai pelita yang tak berdosa tersebut. (^_^)


Aku respect la kat satu kampung ni, dia letak pelita kat tepi jalan raya, dari masok simpang kampung tu sampai masuk kat dalam kampung, mau beratus gak pelita yang nak di pakai. ("Kita semua sepakat, di kampung hai pening lalat"...nyanyi sambil goyang kepala )..hehehehhe

Sampai sini je la erk :D


*****************

-:

Maksud puasa pada aku sekarang, mencari keredhaan ALLAH, menahan lapar dan dahaga, menahan diri dari maksiat, menjaga hati, mempertingkatkan iman, serta mencari malam Lailatul Qadar malam seribu bulan :D


*

"1 : Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan,
2 : Dan tahukah kamu malam kemuliaan itu?
3 : malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4 : Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5 : Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar."

( Surah Al-Qadr, Ayat 1-5 )

Friday, August 13, 2010

Bulan Posa




Assalamualaikum w.b.t
Ni korang mesti jawab lengkap salam dari aku...hehehhehe

Maksud puasa sewaktu aku kecik-kecik dulu, puasa bermaksud tak boleh makan tak boleh minum tak boleh korek hidung, tak boleh korek telingga dari pagi sampai ke maghrib, berbuka, sahur, bunga api, mercun, meriam buluh dan kalau tak sengaja makan tak apa. Ha yang bab tak sengaja aku selalu buat, padahal aku sengaja tu... :D

Korang pernah buat tak makan angin dari kipas angin? Aku penah buat kerana terlalu lapar,kumpul air liur dalam mulut lepas tu telan, pelik-pelik kan? Itula ragam aku bila bulan posa.


Aktiviti malam pulak, main mercun. Oleh kerana aku ngan abang-abang aku rajin puasa,(^_^) atok aku akan bagi mercun untuk kita orang main, sebab kalau bagi duit, kesitu gak jadinya...hehhe






Pernah sekali aku ngan kawan-kawan aku (Farol, Ijam dan Ali ) bakar mercun mancis lepas tu baling kat koridor rumah cikgu, lepas je kita orang baling, sorang-sorang lari. Bengang tak bengang cikgu tu di buatnya. Entah-entah orang tua tu tengah makan, kang tercekik pulak orang tua tu. Jahil sungguh diriku dahulu kala.


( Kepada Cikgu Sulainan kalau ada baca atau terbaca blog ni, kita orang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki )
Nanti raya datang la rumah... :D


******************************

Bestnya bulan ramadhan, sebab budak kecik-kecik mcm aku memang suka, sebab malam tu setan dah di ikat, jadi yang lepas budak-budak comel macam aku. (^-^)


Nak di jadikan cerita, aku ngan kawan-kawan aku main polis ngan perompak. Main dekat-dekat ngan masjid. Yang bestnya jadi perompak boleh sembunyi-sembunyi, yang payah jadi polis, carik orang. Tapi yang best jadi polis dapat tahu bila kuih sampai kat masjid.


Sampai je kuih kat masjid, terus polis turut jadi perompak...hehehehee


Walau bagaimana pun, lepas je aku main, aku mesti pegi tadarus Al-Quran dekat masjid tu.. :D


= bersambung.... (^-^).\/..

Tuesday, August 3, 2010

Memburu Di Malam Hari




Salam...

Memburu mmng terkenal pada musimnya, terutama di hutan kpg aku. Sewaktu aku masih kecil, bapak sedara ngan atok aku dulu, selalu g memburu pelanduk pada waktu mlm dgn menggunakan senapang patah.





pasti ada pelandok yg terkorban d tgn mrk. Sedap gak rasa isi pelanduk nih, mak aku akan buat pelanduk masak kicap, pergh...teliur la plk ...hehehhehe

Bukan memburu pelanduk yang aku nak ceritakan, ni pasal aku ngan kawan aku ( bujang ngan farol ), pergi memburu di mlm hari. kta org bukan memburu pelanduk, juga bukan menggunakan senapang patah, kta org menggunakan lastik dan haiwan yg d buru adalah burung ( terkukur ngan purnai ). waktu tu, aku darjah 6.

sebelum azan maghrib aku dah keluar rumah. klu mak aku tye, aku akan g tau yang aku nak g solat kat masjid, jadi mak aku tak syak la. hehhehehhe
memang seronok la, boleh di katakan tiap2 mlm aku kuar, tak ada satu cuti pon aku amik, bahkan aku amik OT...hehehehe


***************************************


bermulanya operasi kta org selepas azan maghrib, kta org akan siap sedia g ke kebun2. Bujang dia akan amik 3 @ 4 ketul batu yg agak bulat kemudian d kemam, entah ayat apa dia baca, kta org teruskan lah g memburu. pokok yg slalu burung2 ni bertenggek, pokok asam.





cara nak menyuluh kawasan pokok tu pon ada teknik taw, bukan teknik menjawab soalan PMR je, die kene suluh kawasan bawah dulu bawak ke atas, slow2. klu terus on mmng lari la burung tersebut. jumpa je burung tu bertenggek, Bujang akan target betul2 kat burung tu.

"zass" ( batu di lepas )......"zub" ( kene kat burung )....."gedebuk" (jatuh mencium tanah ). sound effect. :D
"hah dah kena tu" aku ngan farol apa ag terus amik.


****************************************


Bujang pernah g taw kat aku yg burung terkukur ni klu dah terdesak sgt, burung tu mkn batu sbb dia pernah jumpa batu halus kat karung mknn burung terkukur tu. aku tak caya ckp dia.

mlm tu kta org dapat 3 ekor burung terkukur, 1 ekor burung purnai. terkukur kta org sembelih, burung purnai tu kta org bela.



aku apa lagi terus la periksa karung makanan burung terkukur tu.

"ni bukan terdesak lg, ni dah tahap bapak batu yg burung ni telan" kataku memegang batu yg sebesar ibu jari tgn.
"mana???"
"ni???"
"pergh mmng besar la batu yg burung tu telan" sampok farol.

keadaan waktu tu series kejap.

Dgn teliti bujang tgok batu tu,
"ni batu lastik aku la bukan burung tu mkn".
"o ye ke??"
kte org sama2 ketawa....haha <----ketawa sikit je :)


* ok aku dah penat...nak tido la...nnti jumpa lg.
tata ..... :)

Monday, August 2, 2010

Menakutkan Orang


Assalamualaikum...


Okey kali ni aku nak bercerita pasal zaman kenakalan aku tingkatan 1...
warghahahha <---( ketawa budak nakal ). Tak pasal-pasal ketawa sorang-sorang...gila ke apa... :D
Sekarang aku ingin berkongsi pengalaman aku menakutkan org..hehehhe...
Aku yakin korang pon mesti ada gak kan?? Ni berlaku semasa aku tingkatan 1, time tu mesti la masa cuti sem....cuti sem plk ramai yg buat kenduri kawen kan???

Watak utama dlm cerita ni, mestila aku ngan kawan aku (Bujang dan Farol ).
Watak sampingan pulak, org2 tua dan budak2 kecik yg melintas jalan tu.



Tempat melakukan operasi pulak, dekat belakang umah aku, atas pokok mangga. Atas pokok mangga tu dah kta org siap2kan pondok yg ngam2 utk 3 org. Dari pokok ke rumah aku dalam 10 meter. Masa pulak, selepas isyak.



Bahan2 yg d gunakan, lampu suluh ( utk naik pokok ), kayu @ dahan sebanyak yg boleh ( utk membaling ), zink @ atap rumah ( utk membuatkan sound effect yg best ) dan tidak ketinggalan d bekalkan sedikit semangat yg membara...hehehhehhe


ni la bahan2 nya :- malas nak carik gambar len, aku letak ni je.. :D


Yg ni plk peta yg menunjukkan kawasan kta org buat hal :-



*************************


Malam pertama kita org lom ag letak zink ( atap rumah ) dekat bawah, cuma nak pastikan ramai ke tak org lalu kat kawasan tu, sbb kawasan tu sunyi sikit.



"Ad mlm ni kta takutkan org k???".
"aku on je Bujang, ko plk Farol? dah sedia???."
"aku mmng dah sedia dah..".



Sambil mengukir senyuman d wajah masing2 kta org sediakan bahan2 yg perlu di bawa kecuali zink...

**************************


Malam pertama :



"Farol ko dah bawak dahan2 tu??".
"dah la Bujang. Ni suma dahan2 dah ada".
"hehehehe". sambungku dengan gelak khas...



Apabila suma dah siap, kta bertiga bertenggek la kat atas markas yg kta org buat, (utk maklumat, markas tu sepatutnya jadi pondok, skali lantai je yg ada, tak cukup bajet ). Kita org pakai baju hitam supaya tak nampak.



10 minit lps tu ada la makcik n the gang lalu kawasan tu "zasssss".... Bujang baling dahan kat semak, "huh?? Bedah ( bukan nama sebenar ) ko ade dgr bunyi dekat semak td tak???".
"Munah ( juga bukan nama sebenar ) aku dgr la, cepat la jalan, kang lambat pulak nak tgok muka pengantin".



"aisey....mmng thn iman makcik n the gang tersebut", kata Farol..



Ssh gak nak tkutkan org kpg aku nih, aku ingatkan dia jalan cepat sebab takut rupa2nya nak tgok muka pengantin...aduh...
Maka gagal la mission mlm pertama, tp mlm tu ada gak yg lari lintang pukang terutamanya kanak2, tu yg best klu ggu kanak2 nih...hehehehhe


***************************

Malam kedua :



"Kali ni klu makcik2 tu tak lari lintang pukang aku tak taw la, mmng power rangers la dia org ni".kata Bujang dgn semangat yg berkobar-kobar.
"Kali ni mesti jadiknye la, jgn risau". Farol pulak yg mengungkap kata2.
"Okey, petang tadi kita sudah ssh payah letak suma barang, atap rumah aku dah letak kat bawah, dahan2 dah bnyak dah nih....kta tggu je lg...okey!".



Sambil menggu dgn khusyuknya di atas pokok tu..
"oh lmbat pulak orang nak lalu nih", kata Bujang..
"penantian satu penyeksaan", Farol pulak menyampok..
"sabar...jap lg ada la makcik2 tu lalu kawasan nih.." aku menenang keadaan..



Beberapa minit kemudian, dtg la makcik besama anak2 beliau melalui kawasan tersebut..
"pangggggg" Bujang dgn rakusnya membaling. Apalagi lari lintang pukang la makcik ngan anak2 beliau...



"hahahahha... rasakan", kata Bujang puas...



pergh.... bukan main ag Bujang nih. Maka byk la makcik2 yg kta org takutkan, pakcik ni ssh sikit, sebab ada yg menaiki motorbike, basikal, jadi agak ssh la nak menakutkan dia org nih.



Kemudian, ada la si makcik ( isteri bilal ) bersama ngan anak2 beliau melalui jalan tersebut, Bujang dengan rakusnya terus melontar dahan yg sudah lama di pegang erat. Apalagi terus mengelabah la si makcik ngan anak beliau tadi. Kta org ketawa la, tanpa d duga anak makcik tu mengetahui ada orang d sebalik pokok mangga, maka marah la si makcik tadi, dia amik batu kecik terus d lemparnya kat kta org, aku tanpa melengah masa terus berselindung d belakang Bujang.



"Ni keja korang erk, xda keja lain ke???".
"Okey2 kta org tak buat lagi, kta org tak buat lagi". Kata Bujang cuba menenteramkan keadaan, lima minit kemudian terus reda....fuh selamat...hehhehehe



Malam tu agak lewat la org nak abis kenduri, org pon xda yg lalu kat kawasan tu, kta org mula boring, Farol pon main lampu suluh, hujung tali lampu suluh dia letak kat ranting, kemudian dia pusing sambil lampu tu di on kan, berpusing-pusing la lampu suluh tu.



Dari rumah aku, tanpa di sedari ada mata yg memerhati gelagat kta org yg tgh syok main lampu suluh...


"Bapak ada pencuri dekat pokok mangga".
"Mana? ambik senapang".


Setelah mendengar, tanpa berlengah kta org terus terjun ke tanah, lari lintang pukang...






moral:-

jangan nak takutkan org, tak baik, jadi budak baik, kan senang org nak jaga...hehehhehe


Sunday, August 1, 2010

Mebersih Blog

Assalamualaikum w.b.t semua...

Erm....agak lama aku tak update blog nih, dah naik sawang, rumput makin panjang, aisey..... banyak yang aku kena buat nih, mau sesak gak nafas mengerjakan blog yg x terurus nih...hehehehe
korang tgok la ni :-






rumput memanjang, dah mcm beanstalk..hehehhe



sekali bapak labah-labah datang menyerang...arghhhhh.....



ni lagi la siap bawak kuncu lagi....





Tp tak apa aku dah siapkan barang2 utk hapuskan dia orang nih dari terus merosakkan blog aku...

Ni alat2 yang perlu utk membersihkan blog nih :-




1 ) Penyapu lidi



2) Semestinya sabun FAB utk memutihkan...




3) Berus


4) Dan yang akhir sekali gunting, utk memotong rumput... :D






Sekarang leh la aku meng"update" blog aku dengan sukanya... sekian........... :D



p/s : KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN
Related Posts with Thumbnails