Salam...
Memburu mmng terkenal pada musimnya, terutama di hutan kpg aku. Sewaktu aku masih kecil, bapak sedara ngan atok aku dulu, selalu g memburu pelanduk pada waktu mlm dgn menggunakan senapang patah.
pasti ada pelandok yg terkorban d tgn mrk. Sedap gak rasa isi pelanduk nih, mak aku akan buat pelanduk masak kicap, pergh...teliur la plk ...hehehhehe
Bukan memburu pelanduk yang aku nak ceritakan, ni pasal aku ngan kawan aku ( bujang ngan farol ), pergi memburu di mlm hari. kta org bukan memburu pelanduk, juga bukan menggunakan senapang patah, kta org menggunakan lastik dan haiwan yg d buru adalah burung ( terkukur ngan purnai ). waktu tu, aku darjah 6.
sebelum azan maghrib aku dah keluar rumah. klu mak aku tye, aku akan g tau yang aku nak g solat kat masjid, jadi mak aku tak syak la. hehhehehhe
memang seronok la, boleh di katakan tiap2 mlm aku kuar, tak ada satu cuti pon aku amik, bahkan aku amik OT...hehehehe
***************************************
bermulanya operasi kta org selepas azan maghrib, kta org akan siap sedia g ke kebun2. Bujang dia akan amik 3 @ 4 ketul batu yg agak bulat kemudian d kemam, entah ayat apa dia baca, kta org teruskan lah g memburu. pokok yg slalu burung2 ni bertenggek, pokok asam.
cara nak menyuluh kawasan pokok tu pon ada teknik taw, bukan teknik menjawab soalan PMR je, die kene suluh kawasan bawah dulu bawak ke atas, slow2. klu terus on mmng lari la burung tersebut. jumpa je burung tu bertenggek, Bujang akan target betul2 kat burung tu.
"zass" ( batu di lepas )......"zub" ( kene kat burung )....."gedebuk" (jatuh mencium tanah ). sound effect. :D
"hah dah kena tu" aku ngan farol apa ag terus amik.
****************************************
Bujang pernah g taw kat aku yg burung terkukur ni klu dah terdesak sgt, burung tu mkn batu sbb dia pernah jumpa batu halus kat karung mknn burung terkukur tu. aku tak caya ckp dia.mlm tu kta org dapat 3 ekor burung terkukur, 1 ekor burung purnai. terkukur kta org sembelih, burung purnai tu kta org bela.
aku apa lagi terus la periksa karung makanan burung terkukur tu.
"ni bukan terdesak lg, ni dah tahap bapak batu yg burung ni telan" kataku memegang batu yg sebesar ibu jari tgn.
"mana???"
"ni???"
"pergh mmng besar la batu yg burung tu telan" sampok farol.
keadaan waktu tu series kejap.
Dgn teliti bujang tgok batu tu,
"ni batu lastik aku la bukan burung tu mkn".
"o ye ke??"
kte org sama2 ketawa....haha <----ketawa sikit je :)
* ok aku dah penat...nak tido la...nnti jumpa lg.
tata ..... :)
tata ..... :)
No comments:
Post a Comment