Sunday, August 15, 2010

bulan posa 2


Assalamualaikum w.b.t..... Alhamdulillah bersyukur kita kepada ALLAH kerana kita masih lagi mempunyai masa dan ruang untuk beribadat selaku hamba-NYA... :D


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" Surah Al-Baqarah, Ayat 183.


Semasa aku kecik, aku tak leh nak tido waktu siang, tu lah sampai makan angin...hahahhaha...
Badan pon lemah je, lebih-lebih lagi kalau tak bersahur, tapi kalau bab nak buat mariam buluh, main mercun, semangat datang dengan tiba-tiba..hehehhe


Penah sekali kawan aku, dia bagi taw kat aku yang dia penah mimpi di siang hari minum 12 cawan air limau, pergh....dalam mimpi pon leh jadi (^_^)... aku pon penah gak mimpi minum air, tapi yang aku telan tu air liur la...hahahhahaha


kalau meriam buluh sebesar nih mau bergegar satu kampung :D


Meriam buluh memang best, lebih-lebih lagi kalau bunyi dia kuat sampai ke kampung seberang, perghh....lagi la seronok sampai lompat-lompat. Satu hari tu, aku ngan kawan-kawan aku main meriam buluh ramai-ramai dekat port baik punya luar koridor rumah kawan aku ( Didi Putera ).


Adalah sorang kawan aku tu tengah meniup lubung sumbu untuk mengurangkan asap kat meriam buluhnya, tiupan pertama, kedua ok lagi sebaik dia tiup yang kali ketiga "zuppp" api menyambar muka dia, kawan tu apa lagi mengelabah la, terus dia pegi ke sungai basuh muka, dah selesai, bulu kening dengan rambut habis terbakar, kita orang apa lagi, gelak la...:D


Dekat kampung aku, malam ke 27 ramadhan, ada acara bertuntung ( acara rumah kediaman masyarakat Melayu Islam di Sarawak dihiasi dengan pemasangan pelita minyak di sekeliling rumah )


Bertuntung pon zaman aku kecik-kecik dulu, memang meriah. Sekarang rasanya dah tak ada lagi kot, sebab minyak kan dah naik harga. Yang best nya semua rumah dekat kampung aku tu, terang lagi bersuluh dengan pelita. (^_^)


Dah elok-elok orang pasang pelita, aku ngan kawan aku buat hal, menjahanamkan pelita orang, lebih-lebih lagi rumah sebelah masjid. Dia pasang 50,60 ( rasa-rasa la :D ) pelita keliling rumah. kita orang bantai dengan kayu, habis bersepai pelita yang tak berdosa tersebut. (^_^)


Aku respect la kat satu kampung ni, dia letak pelita kat tepi jalan raya, dari masok simpang kampung tu sampai masuk kat dalam kampung, mau beratus gak pelita yang nak di pakai. ("Kita semua sepakat, di kampung hai pening lalat"...nyanyi sambil goyang kepala )..hehehehhe

Sampai sini je la erk :D


*****************

-:

Maksud puasa pada aku sekarang, mencari keredhaan ALLAH, menahan lapar dan dahaga, menahan diri dari maksiat, menjaga hati, mempertingkatkan iman, serta mencari malam Lailatul Qadar malam seribu bulan :D


*

"1 : Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan,
2 : Dan tahukah kamu malam kemuliaan itu?
3 : malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4 : Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5 : Malam itu ( penuh ) kesejahteraan sampai terbit fajar."

( Surah Al-Qadr, Ayat 1-5 )

No comments:

Related Posts with Thumbnails