Assalamualaikum w.b.t
Ni korang mesti jawab lengkap salam dari aku...hehehhehe
Maksud puasa sewaktu aku kecik-kecik dulu, puasa bermaksud tak boleh makan tak boleh minum tak boleh korek hidung, tak boleh korek telingga dari pagi sampai ke maghrib, berbuka, sahur, bunga api, mercun, meriam buluh dan kalau tak sengaja makan tak apa. Ha yang bab tak sengaja aku selalu buat, padahal aku sengaja tu... :D
Korang pernah buat tak makan angin dari kipas angin? Aku penah buat kerana terlalu lapar,kumpul air liur dalam mulut lepas tu telan, pelik-pelik kan? Itula ragam aku bila bulan posa.
Aktiviti malam pulak, main mercun. Oleh kerana aku ngan abang-abang aku rajin puasa,(^_^) atok aku akan bagi mercun untuk kita orang main, sebab kalau bagi duit, kesitu gak jadinya...hehhe
Pernah sekali aku ngan kawan-kawan aku (Farol, Ijam dan Ali ) bakar mercun mancis lepas tu baling kat koridor rumah cikgu, lepas je kita orang baling, sorang-sorang lari. Bengang tak bengang cikgu tu di buatnya. Entah-entah orang tua tu tengah makan, kang tercekik pulak orang tua tu. Jahil sungguh diriku dahulu kala.
( Kepada Cikgu Sulainan kalau ada baca atau terbaca blog ni, kita orang mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki )
Nanti raya datang la rumah... :D
******************************
Bestnya bulan ramadhan, sebab budak kecik-kecik mcm aku memang suka, sebab malam tu setan dah di ikat, jadi yang lepas budak-budak comel macam aku. (^-^)
Nak di jadikan cerita, aku ngan kawan-kawan aku main polis ngan perompak. Main dekat-dekat ngan masjid. Yang bestnya jadi perompak boleh sembunyi-sembunyi, yang payah jadi polis, carik orang. Tapi yang best jadi polis dapat tahu bila kuih sampai kat masjid.
Sampai je kuih kat masjid, terus polis turut jadi perompak...hehehehee
Walau bagaimana pun, lepas je aku main, aku mesti pegi tadarus Al-Quran dekat masjid tu.. :D
= bersambung.... (^-^).\/..

2 comments:
lame dah aku tak main mercun.. sob2..
cuba r main lagi...hehhehehhe
Post a Comment